Fahmi ucap takziah kepada keluarga penyanyi Fairuz Misran

Fahmi merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penyanyi Fairuz Misran yang dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat. - Foto Facebook Fahmi Fadzil
Fahmi merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penyanyi Fairuz Misran yang dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat. - Foto Facebook Fahmi Fadzil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penyanyi Fairuz Misran yang dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat.

Fahmi berkongsi ucapan takziah itu menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau petang Jumaat

"Salam takziah buat keluarga Allahyarham Fairuz Misran yang terkenal dengan gaya Tan Sri P.Ramlee yang telah meninggal dunia hari ini.

"Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya.

Berita pemergian Fairuz dikongsi abangnya Ruzaidi Misran menerusi satu hantaran di laman Facebook.

"Menerima perkhabaran sedih bahawa adik yang disayangi Fairuz Misran telah kembali ke Rahmatullah baru sebentar tadi. Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: