’Bagaikan mimpi dapat baju raya baharu’

Muhd Kamal Faiz dan Mohd Tarmizi (tengah) bersama penerima sumbangan pakaian raya sempena Shopping Raya Prihatin Rakyat Paya Besar 2019 siri ke 2 di Pasaraya Ten Ten, semalam.
Muhd Kamal Faiz dan Mohd Tarmizi (tengah) bersama penerima sumbangan pakaian raya sempena Shopping Raya Prihatin Rakyat Paya Besar 2019 siri ke 2 di Pasaraya Ten Ten, semalam.
A
A
A

KUANTAN - “Terasa bagaikan mimpi bila anak-anak mendapat pakaian raya baru tahun ini,” kata Rosiah Ibrahim, 33.

Ibu kepada tiga anak itu tidak menyangka terpilih untuk menerima sumbangan raya, sekali gus meringankan beban suaminya, Mohd Shamsul Hamzah,43, yang bekerja sebagai pekerja kontrak.

Menurutnya, perasaan terharu itu tidak dapat digambarkan, tambahan pula ini kali pertama mendapat pakaian raya baharu.

“Sebelum ini anak-anak pakai pakaian lama.. tapi kali ini mereka boleh beraya sakan.

“Bantuan RM100 ini saya bukan sahaja boleh beli baju kurung, tetapi kasut dan beberapa helai pakaian biasa untuk anak-anak,” katanya ketika ditemui di Pasaraya Ten Ten, Taman Tas, hari ini.

Lebih 80 penerima yang terdiri golongan miskin dan anak yatim menerima sumbangan bersempena Shopping Raya Prihtatin Rakyat Paya Besar 2019 siri ke 2.

Sumbangan RM100 seorang ini ditaja Syarikat Faiz Automotive Sdn Bhd menerusi kerjasama Pusat Khidmat DUN Panching.

Hadir sama ADUN Panching, Mohd Tarmizi Yahaya dan wakil daripada syarikat Faiz Automotive.

Artikel Berkaitan:

Muhd Kamal Faiz dan Mohd Tarmizi (tengah) bersama penerima sumbangan pakaian raya sempena Shopping Raya Prihatin Rakyat Paya Besar 2019 siri ke 2 di Pasaraya Ten Ten, semalam.
Muhd Kamal Faiz dan Mohd Tarmizi (tengah) bersama penerima sumbangan pakaian raya sempena Shopping Raya Prihatin Rakyat Paya Besar 2019 siri ke 2 di Pasaraya Ten Ten, semalam.

Pengarah urusan syarikat itu, Muhd Kamal Faiz Ab Shatar berkata, ini kali pertama syarikatnya bekerjasama dengan Pusat Khidmat DUN Panching dengan memberi sebahagian peruntukan bagi membantu golongan memerlukan di kawasan DUN itu.

Katanya, sumbangan ini merupakan program khidmat sosial syarikatnya.

“Hari ini, sebanyak RM100 diagihkan kepada penerima dalam bentuk barangan kelengkapan raya.

“Saya harap ia memberi sinar bahagia kepada penerima menerusi sumbangan ikhlas daripada syarikat ini,” katanya.