Asah ciri kepimpinan melalui Al-Abrar Explorace

Seramai 50 orang pelajar menyertai program Al-Abrar Explorace yang diadakan pada hari pertama berlangsungnya Karnival Pendidikan Sinar Bestari.
Seramai 50 orang pelajar menyertai program Al-Abrar Explorace yang diadakan pada hari pertama berlangsungnya Karnival Pendidikan Sinar Bestari.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menampilkan kelainan berbeza dalam mendidik anak muda untuk mendekati al-Quran melalui aktiviti Al-Abrar Explorace yang diadakan pada hari pertama berlangsungnya Karnival Pendidikan Sinar Bestari.

Ketua Bahagian Penyelidikan, Pembangunan dan Kawalan WUIF, Safri Muhammad Zein berkata, seramai 50 orang pelajar sekolah menengah dari tiga buah sekolah menyertai acara berkenaan.

Safri
Safri

Menurutnya, melalui aktiviti berkenaan, generasi muda bukan sahaja dapat bergembira tetapi juga boleh mempelajari dan mengamalkan nilai murni yang terkandung dalam al-Quran.

“Kita mengambil pendekatan untuk mengadakan program ini kerana bertepatan dengan konsep karnival pendidikan yang mahu mendidikan kanak-kanak dalam pelbagai acara.

“Saya yakin melalui aktiviti explorace ini mereka bukan sahaja dapat mempelajari makna sebenar Al-Abrar tetapi juga berupaya untuk mempraktikkan ciri-ciri kepimpinan seperti amanah, bekerjasama, taat, berakhlak dan rendah diri,” katanya ketika ditemui di pekarangan Surau Karangkraf pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata, adalah penting untuk mendidik anak muda untuk menjadi pemimpin abrar kerana generasi berkenaan merupakan bayangan kepada corak kepimpinan masa akan datang.

Jelasnya, keperibadian sebagai seorang pemimpin perlu dibentuk daripada usia muda kerana ketika ini, mereka memiliki sifat mudah menerima dan mahu belajar.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Haizan memberi penerangan kepada para peserta yang menyertai Al-Abrar Explorace di Surau Karangkraf pada Jumaat.
Mohamad Haizan memberi penerangan kepada para peserta yang menyertai Al-Abrar Explorace di Surau Karangkraf pada Jumaat.

Sementara itu, penyelarasnya, Mohamad Haizan Mohd Rozi berkata, matlamat program tersebut bertujuan untuk memberi pengenalan mengenai 11 karakter al-Abrar yang berpandukan Surah al-Insan.

Aktiviti Al-Abrar Explorace ini mengambil masa selama tiga jam dan para pelajar hendaklah menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam tempoh berkenaan.
Aktiviti Al-Abrar Explorace ini mengambil masa selama tiga jam dan para pelajar hendaklah menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam tempoh berkenaan.

“Explorace itu merupakan permainan bermodul yang mana di setiap tempat pemeriksaan diselangi dengan tadabbur karakter al-Abrar oleh kumpulan penyelidikan dan pembangunan (R&D) WUIF.

“Surah al-Insan secara asasnya menceritakan hakikat manusia diciptakan untuk diuji dengan pelbagai perkara tetapi mereka dilengkapi dengan ‘tools’ asas kehidupan iaitu pendengaran dan penglihatan,” ujarnya.