AirAsia Academy tawar potongan 10 peratus On-Demand Learning

Reruai Sinar Harian turut menyediakan pelbagai aktiviti.
Reruai Sinar Harian turut menyediakan pelbagai aktiviti.
A
A
A

SHAH ALAM - AirAsia Academy menawarkan potongan harga sebanyak 10 peratus kepada individu yang melanggan On-Demand Learning sepanjang Karnival Pendidikan Sinar Bestari.

Penolong Pengurus Pemasarannya, Diana Radzi berkata, tawaran itu sah untuk langganan sama ada sebulan, tiga bulan atau setahun.

Menurutnya, menerusi langganan pembelajaran dalam talian itu, pelajar bukan sahaja dapat mempelajari ilmu mengenai kejuruteraan perisian sebaliknya analisis data, keusahawanan perniagaan, komunikasi dan sebagainya.

“Di samping itu, selama tiga hari penglibatan AirAsia Academy di sini kita mengadakan pelbagai aktiviti antaranya eksperimen sains seperti membuat aiskrim tanpa menggunakan barangan elektronik.

Reruai AirAsia Academy mengadakan aktiviti eksperimen sains dan robotik sepanjang tiga hari berlangsungnya Karnival Pendidikan Sinar Bestari.
Reruai AirAsia Academy mengadakan aktiviti eksperimen sains dan robotik sepanjang tiga hari berlangsungnya Karnival Pendidikan Sinar Bestari.

“Tujuan kami mengadakan eksperimen ini adalah untuk menarik minat pelajar mendalami lebih lanjut mengenai ‘keajaiban’ sains.

“Selain itu, kita turut mengadakan program robotik yang mana ia memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan asas pengaturcaraan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Khamis.

Diana berkata, aktiviti itu merupakan acara wajib yang akan diadakan setiap hari sepanjang berlangsungnya karnival.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, acara berkenaan tidak khusus untuk para pelajar sahaja sebaliknya boleh disertai orang ramai tanpa mengira usia. “Adalah lebih baik jika ibu bapa turut bersama anak-anak untuk mengikuti acara yang kami adakan ini supaya mereka lebih teruja dan bersemangat apabila individu terpenting dalam hidup menunjukkan minat sama.

“Kami juga tidak meletakkan sebarang syarat untuk mereka menyertai aktiviti ini. Sekiranya mereka mahu mengikuti program tersebut berulang kali, ia merupakan satu maklum balas baik kepada kami,” katanya.

Dalam pada itu, Diana berkata, pengunjung yang hadir ke reruai AirAsia Academy akan menerima barangan eksklusif.