Isu Ahmad Zahid bebas, tiada kaitan kes saya - Bung Moktar

Bung Moktar dan Zizie Izette dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad. - Foto Bernama
Bung Moktar dan Zizie Izette dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – “Isu lepas tanpa bebas yang diberikan mahkamah kepada Datuk Seri Ahmad Zahid tiada kaitan dengan pembebasan saya," kata Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskannya daripada tuduhan rasuah RM2.8 juta, di sini pada Khamis.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, sukar untuk menolak tanggapan dan persepsi masyarat berhubung keputusan mahkamah tersebut dengan isu yang dihadapi Presiden UMNO itu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah yang kelihatan masih terkejut dengan keputusan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid itu berkata, mahkamah telah mengadili prosiding ini dengan sebaik mungkin.

Menurutnya, perjuangan barisan peguam yang mewakilinya bersama isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad selama lima tahun, dilakukan demi mencapai keadilan.

“Saya bersyukur kerana mahkamah sudah membebaskan saya dan isteri, terima kasih kepada pasukan peguam serta semua yang mendoakan kami di seluruh negara, semoga ALLAH membalas budi baik mereka,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada pertuduhan ke atasnya bermotifkan politik, Bung Moktar, 66, berkata, beliau tidak menafikan dan mengakui ia menjurus ke arah itu.

Artikel Berkaitan: