Dua lelaki bantu along pasang iklan didenda RM3,000

Dua lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis selepas mengaku membantu aktiviti menampal poster along di Bercham, Ipoh, Isnin lalu.
Dua lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis selepas mengaku membantu aktiviti menampal poster along di Bercham, Ipoh, Isnin lalu.
A
A
A

IPOH - Dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis atas pertuduhan membantu dalam aktiviti pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau along, Isnin lalu.

Tertuduh, Hor Kar Fei, 40 dan Tang Lih Voon, 41, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama membantu dalam aktiviti menampal poster pemberi pinjaman wang tanpa lesen dan memiliki satu kotak risalah pemberi pinjaman wang tertera pinjaman berlesen dengan nombor telefon 014-9400188.

Perbuatan itu dilakukan di tepi Persiaran Tasek Timur 1, Taman Ria Bercham di sini sekitar jam 10.30 pagi, 4 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 29AA(1) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Nabilah Norzam manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Syuhada Mohd Yusof.

Artikel Berkaitan: