Dua rentung kereta bertembung kontena

Kereta terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori kontena di Kuala Garing, Rawang pada Khamis.
Kereta terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori kontena di Kuala Garing, Rawang pada Khamis.
A
A
A

RAWANG - Dua maut apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan lori kontena di Jalan Kuala Garing di sini, pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang telah dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.53 pagi.

"Sampai di lokasi mendapati dua mangsa rentung membabitkan warga tempatan iaitu lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 23 tahun.

Dua rentung selepas kereta dinaiki terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori kontena di Kuala Garing, Rawang pada Khamis.
Dua rentung selepas kereta dinaiki terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori kontena di Kuala Garing, Rawang pada Khamis.

"Kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Honda City terbakar 70 peratus, manakala sebuah lori kontena juga terbakar sebanyak 50 peratus," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, pemandu lori kontena terselamat selepas sempat keluar daripada kenderaan.

Ujarnya, mayat telah dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!