Kerjasama dua hala Malaysia, Kanada terus diperkukuh

Anwar (kiri) bersama Trudeau ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta pada Rabu.
Anwar (kiri) bersama Trudeau ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan kali pertama dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau bagi memperkukuh kerjasama dua hala antara negara tersebut.

Beliau berkata, kedua-dua pihak bersepakat dalam mempertingkatkan hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia serta Kanada ke tahap yang lebih tinggi.

“Ruang lingkup yang ada pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan di Jakarta ini turut digunakan bagi mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatan saya, Justin.

“Dalam pertemuan kali pertama kami ini, persetujuan dicapai untuk terus memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Kanada.

“Terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, hubungan sesama insan serta bidang baharu termasuk ekonomi hijau, sains dan teknologi, serta kecerdasan buatan (AI) menerusi Strategi Indo-Pasifik Kanada,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Menurut laporan Sinar Harian pada Selasa, Anwar menyertai Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan perasmian Forum ASEAN-Indo Pasifik (AIPF) serta mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Jakarta bersama sahabat-sahabat Indonesia dalam Program Temu Anwar.

Menteri Kewangan itu juga menghadiri enam sidang kemuncak pada Rabu iaitu ASEAN-China Ke-26, ASEAN-Korea Selatan Ke-24, ASEAN-Jepun Ke-26, ASEAN Campur Tiga (APT) Ke-26, ASEAN-Amerika Syarikat Ke-11 dan ASEAN-Kanada bagi melancarkan Perkongsian Strategik ASEAN-Kanada.

Artikel Berkaitan:

Anwar (kiri) mengadakan pertemuan kali pertama dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau bagi memperkukuh kerjasama dua hala antara negara tersebut.
Anwar (kiri) mengadakan pertemuan kali pertama dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau bagi memperkukuh kerjasama dua hala antara negara tersebut.

Anwar menerangkan, Perkongsian Strategik ASEAN-Kanada telah dilancarkan yang mana mesyuarat menerima Kenyataan Bersama Pemimpin-pemimpin mengenai Perkongsian Strategik ASEAN-Kanada dalam sidang tersebut.

“Saya turut singgung (sentuh) keperluan agar kedua-dua pihak meneruskan rundingan membina ke arah memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada, yang dijadualkan pada 2025,” katanya.

Sementara itu, beliau juga mencadangkan supaya ASEAN dan Kanada meneruskan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan, teknologi digital serta menggalakkan pertukaran kepakaran dalam bidang yang berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Sidang Kemuncak ASEAN: PM tekankan keamanan, kestabilan dan multilateralisme

Jokowi mempengerusikan siri mesyuarat ASEAN dengan rakan kongsi

Tiga negara ASEAN setuju bentuk Komuniti Ekonomi Borneo

ASEAN setuju kukuhkan keselamatan makanan, pemakanan hadapi krisis

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!