NCSM bimbang peningkatan pesakit kanser usus besar

Kanser usus besar yang dikenali kolorektal menunjukkan trend peningkatan mendadak selepas kanser payudara.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
Kanser usus besar yang dikenali kolorektal menunjukkan trend peningkatan mendadak selepas kanser payudara.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

MELAKA - Kanser usus besar yang dikenali kolorektal menunjukkan trend peningkatan mendadak selepas kanser payudara.

Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr M Murallitharan berkata, keadaan itu membimbangkan dalam sistem kesihatan lebih-lebih lagi kanser itu dikesan dihadapi peringkat umur seawal usia 30-an berbanding 10 tahun lalu.

Menurutnya, kanser yang membabitkan bahagian usus besar dan paling biasa dalam kalangan lelaki itu sebelum ini sering dialami pesakit berusia 50-an namun trend telah bertukar.

Katanya, sebelum ini juga berdasarkan rekodnya lebih kurang 90 peratus pesakit kanser boleh dikesan di peringkat awal, namun berbeza dalam tempoh dua tahun ini lebih kurang 90 peratus pesakit yang ditemui dikesan menghidap kanser tahap tiga dan empat.

"Peningkatan itu mungkin didorong oleh keadaan rakyat yang berada di rumah dalam tempoh lama ketika pandemik Covid-19 melanda negara tiga tahun lalu.

"Betul-betul merisaukan kerana kanser ini tiba-tiba naik mendadak," katanya.

Murallitharan (kiri) Seah Shoo Chin (tengah) dan Sam (tiga,kiri) ketika pelancaran klip video 'Saya Anak Malaysia's anjuran NCSM, Etiqa sempena Hari Malaysia di Bukit Katil di sini, pada petang Rabu.
Murallitharan (kiri) Seah Shoo Chin (tengah) dan Sam (tiga,kiri) ketika pelancaran klip video 'Saya Anak Malaysia's anjuran NCSM, Etiqa sempena Hari Malaysia di Bukit Katil di sini, pada petang Rabu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika pelancaran klip video 'Saya Anak Malaysia's anjuran NCSM, Etiqa bersama pencipta lagu, Dr. Sam Rasputin (Salim Ibrahim) sempena Hari Malaysia yang disempurnakan oleh Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Allex Seah Shoo Chin di Bukit Katil di sini, pada petang Rabu.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, menyedari peningkatan kes di negara ini, persatuan kanser tekad untuk melakukan saringan kesihatan lebih kerap bagi mengenal pasti pesakit kanser di peringkat awal.

Menurutnya, sehingga Julai lalu lebih 50,000 individu telah menjalani saringan kanser di seluruh negara termasuk 8,000 penduduk di Melaka.

"Menerusi program ini kita akan bantu memberi kesedaran orang ramai tentang kanser," katanya.