India bakal bertukar nama menjadi Bharat

Pejalan kali melepasi logo G20 yang dipasang di jalan raya di New Delhi, India. - Foto AFP
Pejalan kali melepasi logo G20 yang dipasang di jalan raya di New Delhi, India. - Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - India ketika ini dimaklumkan dalam usaha untuk menukar nama negaranya dari India kepada Bharat dan mengikut laporan usul tersebut akan diteliti dalam sebuah sidang khas Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada 18 hingga 22 September depan.

Perkara itu didedahkan dalam kad jemputan makan malam kepada tetamu yang menghadiri sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang bakal berlangsung New Delhi.

Dalam kad dihantar kepada tetamu G20 pada Selasa telah tertulis gelaran Presiden India, Droupadi Murmu dirujuk sebagai Presiden Bharat.

India sedang menganjurkan Sidang Kemuncak G20 di New Delhi pada Sabtu dan Ahad depan.

Ramai pemimpin dunia akan hadir termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Secara rasmi, negara yang didiami 1.4 bilion penduduk dikenali dengan dua nama, India dan Bharat, tetapi nama India sering digunakan di dalam dan luar negara manakala Bharat digunakan dalam bidang kesusateraan atau budaya popular.

Bharat adalah bahasa Sanskrit purba yang dipercayai ahli sejarah berasal dari teks awal Hindu.

Perkataan ini juga digunakan sebagai Hindi yang merujuk India.

Artikel Berkaitan:

Pegawai Parti Bharatiya Janata (BJP) menyokong perubahan dalam nama baharu tersebut.

Mereka berpendapat bahawa nama India diperkenalkan oleh penjajah British dan merupakan 'simbol perhambaan'. British memerintah India selama kira-kira 200 tahun sehingga negara itu mencapai kemerdekaan pada tahun 1947. - Agensi