LTAM didakwa tidak beroperasi


LTAM didakwa tidak lagi menerima kemasukan penerbangan domestik dan luar negara.
LTAM didakwa tidak lagi menerima kemasukan penerbangan domestik dan luar negara.
A
A
A

MELAKA - Meskipun tinggal tiga bulan sebelum negeri ini menyambut Tahun Melaka 2024 (TMM2024), namun kemudahan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam didakwa tidak menerima pesawat komersial sejak bulan lalu.

Tinjauan di lapangan terbang itu mendapati semua premis yang terdapat dalam bangunan itu tidak beroperasi selain seorang petugas memaklumkan semua penerbangan komersial telah dihentikan sementara.

Pesara tentera, Ang Jee Win, 54, yang kebetulan berkunjung ke lapangan terbang itu berkata, dia datang ke tempat itu untuk membeli tiket penerbangan namun kecewa apabila tiada kaunter tiket penerbangan yang dibuka.

"Sebelum ini saya sering ke Pulau Pinang untuk menziarahi anak dan membeli tiket di kaunter yang disediakan.

Jee Win
Jee Win

"Namun bila kali ini saya datang semula seperti bangunan kosong, dan sayang jika dibiarkan terus keadaannya begini," katanya.

Seorang pelanggan yang mahu dikenali sebagai Azura Ahmat, 36, berkata, kali terakhir saya menaiki penerbangan ke Pulau Pinang pada Mei lalu.

"Bagaimanapun saya merancang untuk ke Pekan Baru, Indonesia tapi dimaklumkan operasi penerbangan telah dihentikan sementara," katanya.

Artikel Berkaitan:


Keadaan LTAM yang sunyi selepas didakwa operasi penerbangan dihentikan sementara waktu sejak bulan lalu.
Keadaan LTAM yang sunyi selepas didakwa operasi penerbangan dihentikan sementara waktu sejak bulan lalu.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka Chapter, Khairulnizam Kasim berkata, pihaknya bimbang penutupan sementara operasi LTAM akan memberi impak kepada sektor perhotelan di negeri ini

"Saya pun dimaklumkan beberapa pelancong kesihatan dari negara jiran yang memaklumkan mereka terpaksa menaiki penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kemudian mereka terpaksa menaiki kereta sewa ke negeri ini untuk urusan hospital swasta dan bermalam di negeri ini," katanya.

Sementara itu, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan maklum balas Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berhubung isu ini masih gagal.