JPJ Pulau Pinang sita 46 motosikal, keluarkan 715 saman

JPJ Pulau Pinang telah menyita 46 motosikal dalam Ops Khas Motosikal yang dijalankan di beberapa lokasi di sekitar Seberang Perai, pada Isnin. - Foto Facebook JPJ Pulau Pinang
JPJ Pulau Pinang telah menyita 46 motosikal dalam Ops Khas Motosikal yang dijalankan di beberapa lokasi di sekitar Seberang Perai, pada Isnin. - Foto Facebook JPJ Pulau Pinang
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang telah menyita 46 motosikal dalam Ops Khas Motosikal yang dijalankan di beberapa lokasi di sekitar Seberang Perai, pada Isnin.

Menurut kenyataan JPJ Pulau Pinang, sebanyak 715 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dan tidak mempamer pelekat P.

Ops Khas Motosikal yang dijalankan oleh Unit Operasi JPJ Pulau Pinang itu dijalankan di beberapa lokasi antaranya Plaza Tol Juru, Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Jawi dan Plaza Tol Sungai Dua bermula jam 9 pagi hingga 11 malam. - Foto Facebook JPJ Pulau Pinang

"Ops Khas Motosikal yang dijalankan oleh Unit Operasi JPJ Pulau Pinang itu dijalankan di beberapa lokasi antaranya Plaza Tol Juru, Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Jawi dan Plaza Tol Sungai Dua bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.

"Penunggang atau pemilik motosikal dinasihat supaya mematuhi peraturan dan undang-undang serta memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal," menurut kenyataan itu.

Pihak JPJ Pulau Pinang akan meneruskan operasi dari semasa ke semasa dalam usaha memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!