Belanda dituntut pamer belang sebenar

Ronald Koeman
Ronald Koeman
A
A
A

PEMAIN Belanda dituntut menampilkan kekuatan mental lebih jitu apabila menyingkap semula saingan kumpulan Kelayakan Euro 2024.

Itu luahan pengendali Belanda, Ronald Koeman yang mahu melihat pendekatan mental yang lebih keras dalam kalangan pemainnya.

Belanda sebelum ini tewas tiga daripada empat perlawanan sejak Koeman menggantikan Louis van Gaal, termasuk kedua-dua aksi di pusingan akhir Liga Negara-negara pada Jun.

Oranje meneruskan kempen Kumpulan B Kelayakan Euro menentang Greece di Stadium Philips, Eindhoven, Jumaat sebelum menentang Republik Ireland di Stadium Aviva, Dublin tiga hari kemudian.

“Ya, suasana yang sangat baik dalam skuad Belanda, anda boleh lihat apabila para pemain bergabung bersama.

“Tetapi anda juga perlu lebih tegas antara satu sama lain. Saya fikir pemain tidak cukup membetulkan sikap satu sama lain.

“Jika bek sayap itu membenarkan pemain sayap lawan melepasi pasukan, pada beberapa kali, anda perlu menyatakan sesuatu mengenainya. Ia mengenai komunikasi,” kata Koeman kepada pemberita.

Dalam masa sama Koeman mengakui keputusan buruk baru-baru ini memberikan impak yang yang besar kepada pasukan.

Artikel Berkaitan:

“Ya, saya amat berharap para pemain menyedari kepentingan kedua-dua perlawanan kelayakan dalam tempoh enam hari akan datang.

"Kami perlu mengubah beberapa perkara dalam bentuk memberi tekanan kepada lawan. Anda tidak sepatutnya menutup mata dengan jumlah gol yang pasukan bolos.

"Rasanya seperti kami mempunyai sesuatu untuk diperbetulkan, bukan sahaja permainan, tetapi juga dari segi keputusan. Saya yakin semuanya baik-baik saja pada Khamis,'' kata Koeman.

Sebagai rekod, Belanda telah bermain dua perlawanan Kumpulan B, tewas 0-4 kepada Perancis sebelum menang 3-0 ke atas Gibraltar pada Mac.

Namun pada Jun The Oranje tewas 2-4 kepada Croatia diikuti kecundang 2-3 di tangan Itali di tempat sendiri dalam Liga Negara-Negara.