Maya Brasserie cuba strategi pemasaran digital

Guna aura pempengaruh untuk tarik pelanggan

A
A
A

Sebahagian daripada 35 pempengaruh media sosial yang dijemput untuk merasai sendiri keenakan hidangan masakan Melayu di Maya Brasserie
Sebahagian daripada 35 pempengaruh media sosial yang dijemput untuk merasai sendiri keenakan hidangan masakan Melayu di Maya Brasserie

KUALA LUMPUR - Restoran Maya Brasserie yang terletak di aras bawah Hotel Maya di sini mengambil pendekatan berbeza dalam mempromosikan hidangan masakan Malaysia mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rubyverse Sdn Bhd (operator chef Maya Brasserie), Noraslina Mosbah, pihaknya mahu mencuba strategi baharu dengan menggunakan khidmat pempengaruh di platform media sosial seperti Tiktok, Instagram dan Youtube yang memperkenalkan keenakan hidangan Malaysia yang disediakan di restoran berkenaan.

NORASLINA
NORASLINA

Jelas beliau, sebelum ini pihak Maya Brasserie menggunakan media media arus perdana untuk menjenamakan dan memasarkan restoran berkenaan, namun kali ini mereka mahu meneroka platform pemasaran baharu pula iaitu di media sosial.

“Alhamdulillah, hari ni (semalam) kami menjemput seramai 35 orang pempengaruh di platform Tiktok, Instagram dan Youtube untuk mencuba promosi terbaharu kami iaitu Malaysian Delight yang diperkenalkan pada 8 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan:

“Jemputan itu sebagai meraikan para pempengaruh dan memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri keenakan hidangan masakan Malaysia serta membuat review makanan.

“Kami sentiasa mencuba pelbagai pendekatan untuk mempromosikan Maya Brasserie ini sama ada cara pemasaran konvensional mahupun digital,” katanya.

Ujar Noraslina lagi, Jika sebelum ini, Maya Brasserie hanya menyediakan hidangan bufet biasa untuk penganjuran acara, mesyuarat dan sebagainya, kini pelanggan boleh menikmati set makan tengahari masakan istimewa Melayu pada harga RM69.90 sahaja.

Menu udang masak lemak yang mengutamakan keaslian rasa di Maya Brasserie.
Menu udang masak lemak yang mengutamakan keaslian rasa di Maya Brasserie.

Katanya, terdapat lebih 20 menu masakan Melayu yang boleh dinikmati oleh para pelanggan dan tetamu di hotel berkenaan.

"Maya Brasserie juga menyediakan menu istimewa iaitu ayam peri-peri dan ikan bakar Portugis yang dimasak dengan resipi tersendiri oleh Chef Hafizal Ishak yang berpengalaman luas dalam bidang masakan perhotelan.

"Restoran kami mengalu-alukan kehadiran para pelanggan secara walk in dan jaminan dari Maya Brasserie pastinya anda akan dapat menikmati masakan Melayu yang authentic," katanya.