England hilang khidmat Grealish, Alexander-Arnold

Grealish. Foto Agensi. Alexander-Arnold mengalami kecederaan ketika aksi Liverpool menentang Aston Villa di Anfield pada Ahad. Foto AFP.
Grealish. Foto Agensi. Alexander-Arnold mengalami kecederaan ketika aksi Liverpool menentang Aston Villa di Anfield pada Ahad. Foto AFP.
A
A
A

PEMAIN sensasi, Jack Grealish dan Trent Alexander-Arnold terlepas aksi persahabatan bersama England setelah disahkan mengalami kecederaan ketika bersama kelab baru-baru ini.

Pemain sayap Manchester City, Grealish tidak beraksi ketika City menang 5-1 ke atas Fulham Sabtu lalu kerana mengalami kecederaan paha.

Kecederaan tersebut memaksa pemain berusia 27 tahun itu menarik diri daripada tugasan bersama skuad The Three Lions.

Alexander-Arnold pula menjalani ujian kesihatan pada Isnin selepas kapten Liverpool itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Aston Villa di Anfield.

Pemain berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan hamstringnya sehingga terpaksa meninggalkan padang pada separuh masa kedua.

Biarpun status kecederaan Alexander-Arnold belum jelas, namun doktor pasukan dan England merasakan lebih baik dia menarik diri daripada perlawanan menentang Ukraine dan Scotland.

Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp sebelum ini berharap Alexander-Arnold tidak mengalami kecederaan serius.

"Adalah lebih baik jika Trent tidak mengalami hamstringnya. Kami akan mengetahui lebih lanjut selepas imbasan. Harap-harap ia tidak serius," katanya.

Artikel Berkaitan:

Alexander-Arnold dijangka mengisi posisi pemain tengah dalam skuad Gareth Southgate dalam perlawanan menentang Ukraine hujung minggu ini.

England akan beraksi perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Ukraine di Wroclaw, Poland pada Sabtu sebelum bertemu Scotland dalam perlawanan persahabatan di Hampden Park Selasa depan.