Enam novel baharu diperkenalkan

Mazuen (kiri) menunjukkan novel bertajuk Bawah Payung Awan karya Liza Nur dan Shahida pula memegang novel Bitter Honey yang merupakan antara buku baharu diterbitkan sempena Jualan Gudang Karangkraf 2023.
Mazuen (kiri) menunjukkan novel bertajuk Bawah Payung Awan karya Liza Nur dan Shahida pula memegang novel Bitter Honey yang merupakan antara buku baharu diterbitkan sempena Jualan Gudang Karangkraf 2023.
A
A
A

SHAH ALAM - Sempena Jualan Gudang Karangkraf 2023, Grup Buku Karangkraf (GBK) memperkenalkan enam novel baharu.

Editor Kanan GBK, Mazuen Yahaya berkata, Alaf 21 menerbitkan tiga naskhah novel baharu yang mana dua daripadanya merupakan novel cinta bertajuk Bitter Honey oleh Seri Maya dan Bawah Payung Awan karya Liza Nur, manakala sebuah lagi merupakan buku travelog iaitu Ustazah Basikal Jilid 2.

“Alhamdulillah, setakat ini sambutan agak memberangsangkan terutamanya karya Liza Nur kerana beliau merupakan novelis dikenali dan ada ramai pengikut.

“Novel Bitter Honey pula merupakan novel pertama kami bekerjasama dengan penulis Seri Maya. Beliau merupakan penulis baharu tetapi kami menerima maklum balas positif mengenai karya beliau,” katanya ketika ditemui di sini pada Isnin.

Beliau berkata, orang ramai yang mahu mendapatkan novel-novel berkenaan boleh mengunjungi jualan gudang yang menawarkan potongan harga sebanyak 15 hingga 20 peratus.

“Pemegang kad ahli VIP Karangkraf layak menikmati potongan harga 20 peratus. Untuk mendapatkan lebih banyak penjimatan, orang ramai boleh membeli kedua-dua buku ini pada harga RM45 berbanding harga asal RM59,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Novel GBK, Shahida Md Khasim berkata, Buku Prima turut menerbitkan tiga naskhah baharu di bawah siri Gerbang Puaka berjudul Kembar Bayangan, Game dan Selubung Hitam.

“Siri Gerbang Puaka merupakan antara naskhah kegemaran para remaja dan kami menjangkakan sambutan bagi ketiga-tiga buku baharu itu akan memuncak sewaktu berlangsungnya Karnival Pendidikan Sinar Bestari, bermula Jumaat ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: