Menteri kemuka hasrat perbaharui mu'adalah Al-Azhar As-Syarief

Mohd Na'im ketika mengadakan pertemuan rasmi bersama Dr Muhammad Nazir Iyyad. - Foto Twitter @DSDrNaim
Mohd Na'im ketika mengadakan pertemuan rasmi bersama Dr Muhammad Nazir Iyyad. - Foto Twitter @DSDrNaim
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengemukakan hasrat untuk memperbaharui mu'adalah Al-Azhar As-Syarief kepada Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Hasrat itu dikemukakan oleh Mohd Na'im ketika mengadakan pertemuan rasmi bersama Setiausaha Agung Majma' Al-Buhuth Al-Islamiyyah Mesir, Dr Muhammad Nazir Iyyad.

Mohd Na'im berkata, ia bagi meneruskan para pelajar Darul Quran Jakim untuk menyambung pengajian Ijazah di Ma'ahad Tahfiz wal Qiraat, Shoubra, Mesir.

"Pada masa sama, kami juga berbincang menambah bilangan pensyarah bahasa Arab untuk dihantar ke Jakim bagi memperkukuh penguasaan bahasa tersebut khususnya dalam kalangan pelajar Darul Quran Jakim.

"Memperkasa pengajian tahfiz menjadi keutamaan kerajaan khususnya Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)," katanya dalam satu kenyataan menerusi Twitter pada Ahad.

Tambah Mohd Na'im, graduan tahfiz adalah aset negara yang diharap dapat membimbing masyarakat untuk menghayati al-Quran sekali gus membentuk masyarakat madani.

Artikel Berkaitan: