Ferguson cipta kejutan, ledak hatrik

Ferguson. - Foto Agensi
Ferguson. - Foto Agensi
A
A
A

PENYERANG muda berusia 18 tahun, Evan Ferguson mencipta sensasi apabila meledak hatrik ketika membantu Brighton menewaskan Newcastle United 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Ahad.

Sentuhan pemain Ireland itu sekali gus membuka mata banyak pihak dan sebagai amaran awal buat pasukan dalam kancah EPL musim ini.

Ferguson menyumbat gol pada pada minit ke-27, 65 dan 70 sekali gus mengumpul empat jaringan daripada empat perlawanan liga setakat ini.

Aksi memukau Ferguson itu menggembirakan jurulatih Brighton, Roberto De Zerbi yang memberi bayangan bahawa penyerang muda mampu menjadi penjaring terbanyak dalam kancah bola sepak Eropah.

“Saya gembira dengan Ferguson, bukan hanya kerana gol sehaja namun gembira dengan persembahannya terutamanya pada separuh masa pertama.

“Dia boleh menjadi besar. Kualitinya cukup untuk menjadi pemain yang hebat. Dia boleh menjadi antara yang terbaik, penjaring terbanyak di Eropah.

“Dia dilahirkan pada 2004, dia baru 18 tahun. Saya tidak tahu berapa ramai pemain masih muda, mampu jaringkan gol seperti dia.” ujar De Zerbi.

Brighton ketika ini berada di tangga keempat EPL setelah mengumpul sembilan mata daripada empat perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Liga bakal berehat seminggu bagi memberi laluan kepada aksi pasukan kebangsaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!