Taufan Idalia paling berbahaya

Kelengkapan rumah dan kereta yang hanyut selepas banjir melanda Steinhatchee, Florida. - AFP
Kelengkapan rumah dan kereta yang hanyut selepas banjir melanda Steinhatchee, Florida. - AFP
A
A
A

PERRY - Pihak berkuasa tempatan di Florida, Amerika Syarikat (AS) mula menilai kerosakan akibat banjir yang dicetuskan Taufan Idalia yang melanda komuniti pantai sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus dan kediaman ranap.

Selepas ia mengganas merentasi Sunshine State, Idalia membadai negeri jiran, Georgia dan semakin lemah dengan bertukar kepada ribut tropika dengan membawa hujan lebat sehingga 25 sentimeter dan mengakibatkan banjir di negeri tersebut.

Penduduk di Florida menyifatkan Idalia bertanggungjawab mencetuskan rekod banjir terbesar dalam sejarah di kawasan barat laut yang terjejas teruk.

Sebuah rumah mudah alih yang tersadai di tengah jalan raya di Steinhatchee, Florida. - AFP
Sebuah rumah mudah alih yang tersadai di tengah jalan raya di Steinhatchee, Florida. - AFP

Meskipun tiada laporan kematian, Gabenor Florida Ron DeSantis menegaskan kerosakan akibat taufan ini menyebabkan kerugian yang sangat besar terhadap negeri terjejas.

Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat diteruskan untuk mencari mangsa dikhuatiri masih terperangkap akibat taufan dan banjir.

Pihak berkuasa turut memberi amaran mereka mungkin mengambil masa untuk tiba di kawasan terpencil kerana disekat pokok tumbang atau air tinggi.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NCS), Idalia menjadi sangat merbahaya pada Kategori 3 ketika melanda kawasan paya di Big Bend, Florida yang kurang didiami penduduk pada jam 7.45 pagi (waktu tempatan).

Artikel Berkaitan:

Ribut itu menghempas darat dengan membawa angin kelajuan maksimum 215 kolometer sejam (km/j) di Keaton Beach dan berkemungkinan mencetuskan gelombang ribut sehingga lima meter.

Gambar pandangan atas menyaksikan rumah terbakar akibat letupan sebuah stesen bekalan kuasa di Signal Cove, Florida. - AFP
Gambar pandangan atas menyaksikan rumah terbakar akibat letupan sebuah stesen bekalan kuasa di Signal Cove, Florida. - AFP

Pengarah Pengurusan Kecemasan Charleston, Ben Almquist, memberitahu CNN pada Rabu bahawa beberapa bandar yang terjejas masih dinaiki air dan operasi menyelamat sedang dijalankan.

OPERASI PEMINDAHAN

Pihak berkuasa mengarahkan pemindahan besar-besaran penduduk Florida sebelum taufan melanda negeri ini. Di bandar kecil, Ferry yang menjadi laluan taufan, krew kecemasan sudah melakukan kerja pembersihan dan mula menilai kerosakannya.

Manakala di pantai Steinhatchee yang terletak kira-kira 32 kilometer di Florida telah menyaksikan jalan raya lengang beberapa jam selepas ribut yang menenggelamkan hampir seluruh bandar.

DeSantis memberitahu pemberita bahawa Idalia bergerak lebih pantas daripada beberapa taufan yang lebih dahsyat lain yang melanda negeri lain menyebabkan kematian dan kemusnahan teruk.

"Ribut Idalia antara paling dahsyat yang pernah melanda bahagian Florida ini dalam tempoh lebih 100 tahun," katanya. - Agensi