Tiada lesen memandu, ubah suai ekzos

Polis Ampang Jaya melaksanakan operasi ambang merdeka di sekitar Ampang pada Rabu.
Polis Ampang Jaya melaksanakan operasi ambang merdeka di sekitar Ampang pada Rabu.
A
A
A

AMPANG - Polis mengeluarkan 55 saman selain menyita lapan motosikal menerusi operasi ambang merdeka di sekitar daerah ini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, operasi berasingan dijalankan bermula jam 9 malam iaitu Operasi Khas Pencegahan Jenayah di Jalan Bunga Raya Taman Kencana serta Op Samseng Jalanan di Jalan Ampang, Jalan Putra, Bukit Saujana Ampang Saujana serta Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Menurutnya, sebanyak 55 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik antaranya tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya turut menyita lapan motosikal jenis Yamaha LC135 (4), Yamaha Y15 (2) dan Honda Wave (2) untuk tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, sitaan dibuat kerana penunggang tiada lesen memandu serta ubah suai ekzos.

Beliau berkata, operasi ini dijalankan bagi mengesan dan langkah pencegahan daripada aktiviti tidak sihat pengguna motosikal dalam semangat meraikan ambang merdeka.

"BSPT IPD Ampang Jaya akan meneruskan operasi penguatkuasaan ini pada bagi memastikan semua pengguna kenderaan mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas," ujarnya.

Artikel Berkaitan: