140 permit ceramah, kempen PRK diluluskan - Polis Johor

Polis Johor sudah meluluskan 140 permit ceramah dan kempen sempena PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram sejak 26 Ogos lalu hingga Khamis.
Polis Johor sudah meluluskan 140 permit ceramah dan kempen sempena PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram sejak 26 Ogos lalu hingga Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor sudah meluluskan 140 permit ceramah dan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram sejak 26 Ogos lalu hingga Khamis.

Jurucakap Media PRK Johor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, jumlah itu adalah daripada 148 permohonan yang diterima pihak polis.

"Pada Khamis, sebanyak 22 permit ceramah dan kempen PRK diluluskan kawasan Parlimen Pulai dan 19 permit ceramah dan kempen bagi DUN Simpang Jeram.

"Dua kertas siasatan juga sudah dibuka sepanjang tempoh berkempen, membabitkan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.