PRK: Polis Johor lulus 46 permit ceramah, kempen

Polis Johor telah meluluskan 226 permit ceramah dan kempen bagi tempoh 26 Ogos hingga 2 September. - Foto Bernama
Polis Johor telah meluluskan 226 permit ceramah dan kempen bagi tempoh 26 Ogos hingga 2 September. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor telah meluluskan sebanyak 46 permit ceramah dan kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 2 September.

Menurut jurucakap media PRK Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som, kesemua permit berkenaan melibatkan 10 permit ceramah dan 21 permit kempen di Parlimen Pulai, manakala 14 permit ceramah dan satu permit kempen di DUN Simpang Jeram.

“Kesemua permit berkenaan merupakan 226 permit yang telah diluluskan daripada 235 permohonan yang diterima bagi tempoh 26 Ogos hingga 2 September.

“Di sepanjang tempoh itu juga, sebanyak dua kertas siasatan telah dibuka,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

PRK Parlimen Pulai dan Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Kos Sara Hidup pada 24 Julai 2023 lalu.

Sementara itu, polis Johor turut menasihatkan supaya semua parti serta kumpulan penyokong memastikan bahan-bahan kempen tidak menghalang papan tanda, isyarat lalu lintas, premis persendirian dan di laluan yang tidak dibenarkan.

Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang sedia ada.

Artikel Berkaitan: