Lebih 40 kanak-kanak jadi mangsa serangan seksual di Bangladesh

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

DHAKA - Sekurang-kurangnya 41 kanak-kanak di Bangladesh menjadi mangsa keganasan seksual antara 1 hingga 8 Mac, kata sebuah kumpulan pemerhati hak asasi manusia.

Manusher Jonno Foundation (MJF) dalam satu kenyataan berkata, seramai 37 mangsa ialah budak perempuan dan empat lagi budak lelaki.

Kumpulan itu berkata, tiga daripada mangsa turut dibunuh selepas dirogol sambil menambah penemuan kes itu dibuat berdasarkan laporan di enam akhbar utama.

MJF yang berpangkalan di Dhaka menyatakan kebimbangan serius berhubung peningkatan kes rogol kanak-kanak di seluruh Bangladesh.

“Kami menggesa kerajaan supaya mengambil langkah proaktif dan tegas bagi membendung keganasan seksual dalam kalangan kanak-kanak,” kata MJF.

Sebelum ini, MJF merekodkan 271 kematian kanak-kanak akibat serangan seksual atau penderaan di seluruh negara antara Januari dan April tahun ini. - Agensi

Artikel Berkaitan: