Manchester United ke Arsenal tanpa Varane

Varane
Varane
A
A
A

PEMAIN pertahanan, Raphael Varane akan terlepas beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris, bermula dengan kunjungan Manchester United menentang Arsenal di Stadium Emirates pada Ahad berikutan kecederaan, kata kelab itu pada Rabu.

"Semua maklum pemain kelahiran Perancis, Raphael Varane terpaksa digantikan pada separuh masa ketika Manchester United bangkit mengatasi Nottingham Forest, 3-2 di Old Trafford pada Sabtu.

"Varane terpaksa digantikan selepas mengadu mengenai kecederaan yang dijangka menghalangnya untuk tampil dalam beberapa minggu untuk Kelab Bolasepak Manchester United," kata The Red Devils dalam satu kenyataan.

Dalam perlawanan berintensiti tinggi itu, Victor Lindelof menggantikan pemain berusia 30 tahun itu menyaksikan pengendali Manchester United, Erik ten Hag menegaskan kecederaan merupakan faktor pemain berasal dari Lille, Nord, Perancis terpaksa digantikan pada aksi berkenaan.

“Ya, dia mengadu mengenai masalah yang dialami, jadi dalam perkara ini kami tidak mahu mengambil risiko, selain musim baharu beberapa perlawanan.

"Lagi pun Manchester United masih mempunyai beberapa tonggak seperti Harry Maguire, Victor Lindelof, yang boleh menggantikannya, jadi kami tidak mahu mengambil risiko.

"Ya, dia ada mengadu aduan dan jika ia benar-benar teruk saya tidak tahu nak kata apa, kita perlu menunggu dengan tenang keputusan," kata Erik ten Hag.

Artikel Berkaitan: