Manchester United mahu gempur Arsenal di Emirates

Hojlund antara sandaran Ten Hag untuk Manchester United menggempur Arsenal di Emirates hujung minggu ini. - Foto AFP
Hojlund antara sandaran Ten Hag untuk Manchester United menggempur Arsenal di Emirates hujung minggu ini. - Foto AFP
A
A
A

BINTANG baharu Manchester United, Rasmus Hojlund sudah cukup cergas untuk membuat penampilan sulung dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal hujung minggu ini, kata pengendali Erik ten Hag.

Penyerang Denmark itu menyertai kelab tersebut dari kelab Serie A Itali, Atalanta dengan bayaran dilaporkan 72 juta pound sebelum musim bermula, namun masih belum dapat beraksi bersama United kerana mengalami kecederaan belakang.

“Dia menjalani minggu latihan yang baik, esok kami mempunyai latihan terakhir, tetapi dia bermain dengan baik, dia bertindak balas dengan baik, jadi ya dia akan bersedia untuk perlawanan Ahad ini,” kata Ten Hag sebelum perlawanan dengan Arsenal di Stadium Emirates.

Seorang lagi pemain yang dijangka membuat penampilan pertamanya untuk calon juara Liga Perdana Inggeris itu ialah pemain baharu bek kiri, Sergio Reguilon yang ditampilkan dari Tottenham Hotspur.

“Dia ada di sini, dia berlatih. Dia pemain yang sangat berpengalaman, bermain untuk kelab besar, sudah bermain banyak perlawanan LaLiga dan Liga Perdana Inggeris, dia mempunyai latar belakang yang sangat baik, dia boleh bermain bola sepak yang sangat sengit, kami gembira,” kata pengendali dari Belanda itu.

Dalam pada itu, Ten Hag mengesahkan selepas Dean Henderson menyertai Crystal Palace pada Khamis, United menandatangani penjaga gol Turki, Altay Bayindir dari Fenerbahce.

United juga dikaitkan media Britain dengan perjanjian pinjaman untuk pemain tengah Fiorentina, Sofyan Amrabat.

Dengan jendela perpindahan ditutup lewat pada Jumaat, Ten Hag tidak mengulas lanjut sebaliknya berpuas hati dengan kerja kelab dalam pasaran perpindahan.

Artikel Berkaitan:

“Kami telah melakukan perniagaan yang baik, kami membina skuad yang kuat dan kami bersedia untuk meneruskan perjuangan,” ujarnya.