'Sudah tiba masanya Harimau Malaya tunjuk taring di China'

PETALING JAYA - Kapten skuad Harimau Malaya, Dion Cools menyeru rakan sepasukannya untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Syria dan China di Chengdu, China, bulan depan.
Pemain pertahanan kelab Thailand, Buriram United itu berkata, dua aksi persahabatan di tempat lawan adalah perlawanan penting menjelang tugas berat mejelang pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 bermula November ini dan Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.
"Kami mempunyai dua perlawanan yang sangat baik (Jun lalu) tetapi kini tiba masanya untuk kerja serius, perlawanan yang sangat penting akan datang sekarang, dua lawan yang sangat kuat.
"Perlu memastikan kami bersedia terlebih dahulu untuk layak ke Piala Dunia dan Piala Asia pada Januari,” kata pemain kecukan Belgium-Malaysia berusia 27 tahun itu ketika ditemui pada hari pertama kem latihan pusat di Persatuan Bola Sepak Wisma of Malaysia (FAM), Kelana Jaya pada Rabu.