KPDN Kelantan kesan 6 kes peniaga jual gula, minyak masak bersyarat

KPDN Kelantan mengesan enam kes penjualan gula kasar dan minyak masak secara bersyarat. Gambar kecil: Azman
KPDN Kelantan mengesan enam kes penjualan gula kasar dan minyak masak secara bersyarat. Gambar kecil: Azman
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengesan enam kes penjualan barangan makanan seperti gula kasar dan minyak masak secara bersyarat di Kelantan bermula Januari tahun ini hingga Isnin lalu.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, kes itu dikesan berlaku di Pengkalan Chepa dan Bachok.

Menurutnya, siasatan dijalankan melalui Operasi Khas susulan aduan diterima berkaitan pengguna yang mahu membeli gula biasa dikenakan syarat perlu membeli gula putih premium.

“Peniaga ini menetapkan syarat, jika pembeli mahu mendapatkan dua kilogram gula pasir kasar biasa, perlu membeli sebungkus gula putih premium sekilogram dan begitu juga jika mahu membeli minyak masak.