Ronaldo terus pamer bisa di Arab Saudi

Cristiano Ronaldo - Foto AFP
Cristiano Ronaldo - Foto AFP
A
A
A

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo terus mempamerkan bisa apabila meledak dua gol ketika membantu Al Nassr menundukkan Al Shabab 4-0 dalam aksi Liga Pro Saudi awal pagi Rabu.

Di sebalik dua jaringan tersebut, kapten Portugal itu memuji penampilan rakan sepasukannya dan kemegahan stadium serta keterujaan penyokong yang meraikan kemenangan berkenaan.

Selepas perlawanan, Ronaldo memuat naik deretan foto perlawanan Al Nassr menentang Al Shabab.

Malah Ronaldo turut mencatat kapsyen tersebut di Instagram.

“Suasana luar biasa di stadium kami! Sangat gembira meraikan kemenangan bersama peminat! Persembahan hebat daripada pasukan! Ayuh @alnassr,” tulis Ronaldo.

Dalam awal saingan, Ronaldo jarang menerima bola sebelum dia menggalas tugas mengambil sepakan penalti dan disempurnakan dengan baik menewaskan penjaga gol, Kim Seung Gyu pada minit ke-12.

Selepas itu gol keduanya dinafikan beberapa minit kemudian apabila pengadil membatalkan tandukannya kerana mengasari pemain pertahanan lawan.

Ronaldo tidak berpuas hati dengan keputusan itu, namun kembali tenang apabila Al-Nassr menerima sepakan penalti kedua tujuh minit sebelum rehat.

Artikel Berkaitan:

Dia kemudian tenang menyempurnakannya untuk gol kedua Al-Nassr.

Ronaldo kemudian mengumpan bola kepada Sadio Mane untuk gol ketiga pada minit ke-40.

Sultan Al-Ghannam menambah gol keempat 10 minit sebelum tamat permainan untuk membantu Al-Nassr melonjak ke tangga keenam, enam mata di belakang pendahulu Al-Ittihad.

Al Nassr kalah dalam dua aksi pertama liga.

Ronaldo ketika ini mengumpul lima gol dalam dua aksi terakhir liga sekali gus muncul pendahulu penjaring gol terbanyak.