Murray raih kemenangan ke-200

Murray
Murray
A
A
A

BINTANG tenis dunia, Andy Murray meraikan kemenangan ke-200 Grand Slamnya, ketika pemain Britain itu menyertai kelompok elit selepas menyisihkan pemain Perancis, Corentin Moutet straight set dalam pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Sebagai rekod, pemain berusia 36 tahun itu muncul bintang tenis kesembilan yang memperoleh 200 kemenangan perlawanan dalam pertandingan utama, walaupun mengalami kecederaan perut yang memendekkan kempen gelanggang kerasnya di Amerika Utara menjelang pertandingan utama terakhir tahun ini.

Murray yang meraikan kemenangan bersama ahli keluarganya berkata, dia dan isterinya, Kim, membawa keempat-empat anak ke New York, menjadikan perjalanan itu lebih manis.

"Sejujurnya, ia tidak selalunya menyeronokkan bersama-sama mereka - empat kanak-kanak di bawah tujuh tahun adalah sukar pada masa-masa tertentu- tetapi ia menghiburkan.

"Mereka tidak datang untuk melihat saya bermain sebanyak itu - jelas sekali mereka masih sangat muda," kata Murray, yang anak bongsunya dilahirkan pada 2021.

Bekas pemain nombor satu dunia itu sebelum ini hampir bersara pada 2019 berikutan masalah pinggul yang berlarutan.

Namun dia berkata dia menyasarkan 800 kemenangan kerjaya selepas mara ke final Doha awal tahun ini, ketika pemain kelahiran Scotland itu kini berada dalam 730 kemenangan.

Dia seterusnya akan menentang pemain Bulgaria peringkat ke-19, Grigor Dimitrov, yang dilaporkan pernah bekerja dengan dua bekas jurulatih Murray musim ini.

Artikel Berkaitan:

"Sesetengah perkara kelihatan agak mudah dari luar, dari segi strategi atau taktikal menentang ramai pemain. Sebaik sahaja anda berada di gelanggang, tidak selalunya mudah untuk keluar dan melaksanakannya. Sukar...

"Mungkin menjadi kelebihan besar untuk dia mempunyai dua jurulàtih yang telah bekerja dengan saya selama ini. Tetapi kita akan mengetahuinya dalam beberapa hari," kata Murray.