Sila log masuk terlebih dahulu.

Kreativiti penduduk Kampung Chulek sambut merdeka

30 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 30 OGOS 2023

Semangat patriotik ditonjolkan penduduk Kampung Chulek di sini apabila tampil kreatif menghias halaman rumah dengan Jalur Gemilang bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Menerusi program Halaman Rumah Merdeka anjuran Gopeng Glamping Park itu, sebanyak 35 rumah mengambil bahagian dengan setiap satunya dihiasi binaan antaranya menara berkembar, kereta kebal, jet pejuang, wau, meriam dan bunga raya menggunakan Jalur Gemilang dan bahan terpakai.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/276322/edisi/perak/kreativiti-penduduk-kampung-chulek-sambut-merdeka

Muzik: www.bensound.com