PRK: Polis Johor lulus 38 permit kempen, ceramah

Parti yang bertanding mula memasang bendera berhampiran Jalan Persimpangan Bakri bagi memeriahkan lagi suasana PRK DUN Simpang Jeram. - Foto Bernama
Parti yang bertanding mula memasang bendera berhampiran Jalan Persimpangan Bakri bagi memeriahkan lagi suasana PRK DUN Simpang Jeram. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor telah meluluskan 38 permit kempen serta ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Jurucakap Media PRK Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, 19 permit itu bagi kawasan Parlimen Pulai, manakala 19 lagi untuk DUN Simpang Jeram.

Tambahnya, setakat ini tiada sebarang kertas siasatan yang dibuka.

"Polis Johor menasihatkan semua parti serta kumpulan penyokong menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan terhadap poster, kain tentang dan bendera dengan mencabut atau membakar.

"Tindakan tersebut merupakan perbuatan khianat dan menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Polis Johor meminta semua calon yang ingin mengadakan kempen pilihan raya agar mengikuti undang-undang mengikut Seksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Artikel Berkaitan: