Verstappen dalam kelas tersendiri

Verstappen mengungguli (GP) Belanda di Litar Zandvoort pada Isnin. Foto AFP
Verstappen mengungguli (GP) Belanda di Litar Zandvoort pada Isnin. Foto AFP
A
A
A

PELUMBA Red Bull, Max Verstappen mempamerkan pecutan sensasi apabila mengungguli Grand Prix (GP) Belanda dalam saingan Formula Satu (F1) di laman sendiri yang penuh dramatik akibat banjir dan bendera merah pada Isnin.

Ia menjadi kemenangan istimewa buat pelumba berusia 25 tahun itu untuk menyamai rekod Sebastian Vettel yang mencatat sembilan kemenangan berturut-turut.

Fernando Alonso yang mewakili Aston Martin menduduki tempat kedua dengan Pierre Gasly dari Alpine melengkapkan podium dalam perlumbaan di Litar Zandvoort itu.

“Tugas yang hebat, cuaca tidak memudahkan kami,” kata juara dunia berganda itu.

Ia merupakan kemenangan ke-11 daripada 13 perlumbaan pada musim ini melebarkan kedudukannya kepada 138 mata dalam pemburuan kejuaraan mengatasi rakan sepasukan, Sergio Perez yang menduduki tempat keempat.

“Saya amat berbangga dan teruja apabila lagu kebangsaan dimainkan.

“Biarpun cuaca hujan, peminat tetap mengharunginya. Ia satu suasana yang luar biasa,” ujar Verstappen.

Bos Red Bull Christian Horner pula meluahkan rasa kagum dengan pencapian yang dilakar Verstappen.

“Dia melakukannya, menyamai sembilan kemenangan Sebastian (Vettel). Prestasi yang hebat hari ini (Isnin),” ujar Horner.