Nyaris maut cermin kereta ditembusi wau bulan

Wau bulan menembusi cermin depan kereta seorang pengguna TikTok.
Wau bulan menembusi cermin depan kereta seorang pengguna TikTok.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pengguna laman sosial TikTok mendedahkan dia nyaris maut apabila sebuah wau bulan jatuh menembusi cermin keretanya.

Mangsa yang menggunakan nama Boika Pisang di aplikasi itu berkongsi klip video keadaan cermin kereta Honda Jazz yang ditembusi wau bulan berkenaan pada Jumaat.

Menerusi video berdurasi 13 saat itu mangsa berkongsi kapsyen bahawa dia datang ke lokasi kejadian yang dipercayai satu kawasan muara sungai untuk 'healing'.

"Datang nak 'healing', sekali pening. Nasib baik tak kena dada mat, belum sempat keluar kereta," katanya.

Video tersebut turut memaparkan beberapa individu melihat dari dekat keadaan kereta mangsa yang ditembusi bahagian atas wau berwarna hitam dan putih itu yang tajam.

Bagaimanapun mangsa tidak menyatakan bila dan di mana kejadian berkenaan berlaku.

Video berkenaan juga tular di TikTok dan setakat jam 9.30 malam Sabtu ia mendapat 10,500 tanda suka, 328 komen dan dikongsi sebanyak 3,187 kali.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!