PRK: Polis Johor lulus tiga permit kempen

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor meluluskan tiga permit berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram setakat jam 4 petang Sabtu.

Jurucakap Media PRK daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, kelulusan itu melibatkan dua permit bagi Parlimen Pulai dan satu untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Muar.

"Polis Johor menasihatkan supaya semua parti bertanding serta penyokong dan orang ramai yang terbabit untuk patuh undang-undang yang ditetapkan.

"Mereka juga perlu menghormati satu sama lain dalam tempoh berkempen," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pihak berkaitan boleh merujuk polis jika berhadapan sebarang masalah sepanjang tempoh kempen untuk PRK.

Sebelum itu, proses penamaan calon bagi PRK dua kerusi berkenaan berlangsung aman pagi Sabtu dengan kedua-duanya bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.