Budak lelaki mangsa dera di Johor kini dalam jagaan ibu saudara

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang menjadi mangsa dera ibu kandung dan kenalannya di Pasir Gudang, Johor pada awal bulan ini telah diserahkan kepada ibu saudaranya untuk jagaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, penyerahan itu dilakukan selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat penilaian terhadap waris yang layak dan sesuai untuk mengambil tanggungjawab menjaga kanak-kanak berkenaan.

"Setelah melalui penilaian, didapati ibu saudara mangsa itu memang layak menjaganya sebab dia merupakan keluarga terdekat. Namun, sepanjang penjagaannya nanti, JKM akan pantau dan memeriksa keadaan kanak-kanak itu kerana dia (mangsa) masih trauma.

"... kita sudah menjalankan rawatan pemulihan terhadap mangsa supaya (dapat) mengembalikan keyakinannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pemimpin Wanita Muda anjuran Institut Pengurusan Wanita di sini hari ini.

Pada 16 Ogos lepas, seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak lelakinya berusia tujuh tahun di Pasir Gudang.

Sebelum itu, tular beberapa rakaman video dan gambar menunjukkan orang awam menyerbu sebuah rumah dipercayai bagi menyelamatkan kanak-kanak yang disyaki didera oleh ibu kandung dan seorang rakannya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Budak tujuh tahun disyaki mangsa dera ibu bapa

Polis berkas ibu, kenalan wanita disyaki dera kanak-kanak

Budak 7 tahun didera: Jiran sering dengar jeritan, tangisan

JKM kesan waris kanak-kanak mangsa dera

Budak mangsa dera terima rawatan sebelum diserah kepada waris

MB Johor sebak lihat keadaan adik Iman mangsa dera