Banjir landa Maran, 278 mangsa dipindahkan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Seramai 278 penduduk daripada 60 keluarga terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di Maran pada Jumaat malam.

Berdasarkan info portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS yang dibuka pada awal pagi Sabtu ialah Pusat Pemindahan Banjir Kampung Baru Sungai Chedong dan Balai Raya Kampung Berkat, Maran.

Video keadaan arus deras yang melimpah ekoran banjir kilat di kawasan Kuala Sentul yang dikongsi netizen melalui aplikasi Tiktok dan Facebook.
Video keadaan arus deras yang melimpah ekoran banjir kilat di kawasan Kuala Sentul yang dikongsi netizen melalui aplikasi Tiktok dan Facebook.

Sehingga jam 9 pagi, Pusat Pemindahan Banjir Kampung Baru Sungai Chedong kini menempatkan 252 mangsa dan 26 mangsa lagi berada di Balai Raya Kampung Berkat.

Beberapa kawasan di daerah Maran dilaporkan mengalami banjir kilat ekoran hujan lebat sejak Jumaat malam.

Kejadian banjir yang turut melanda kawasan Ulu Luit dan Kuala Sentul tular selepas video kejadian dikongsi pengguna Tiktok dan Facebook.