Jho Low, bekas penyanyi Fugees didakwa biayai kempen Barack Obama

Jho Low dan bekas penyanyi Fugees didakwa biayai kempen Barack Obama
Jho Low dan bekas penyanyi Fugees didakwa biayai kempen Barack Obama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low dikenakan pendakwaan tambahan oleh Jabatan kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) pagi tadi berhubung kes 1Malaysia Development (1MDB).

Memetik laporan Astro Awani, pendakwaan itu dibuat membabitkan isu menggunakan wang 1MDB untuk kempen pilihan raya bekas Presiden AS, Barack Obama pada 2012.

Jho Low dikatakan telah memindahkan kira-kira RM90 juta (AS$21.6 juta) kepada Pras Michel, bekas penyanyi kumpulan Fugees.

Menurut dakwaan yang difailkan di Washington semalam, Pras Michel kemudiannya dikatakan menggunakan wang RM90 juta itu dan mengagihkan kira-kira RM3.5 juta (AS$865,000) kepada 20 individu lain.

Pihak yang terbabit, kemudiannya ‘menderma’ wang yang diperoleh daripada Pras Michel kepada penganjur pemilihan Presiden AS ke-44 itu, tanpa memaklumkan kepada pihak berkuasa dari mana datangnya wang berkenaan.

Undang-undang AS menghalang wang yang berasal dari luar negara untuk digunakan sebagai wang kempen pilihan raya presiden.

Bagaimanapaun, nama Barack Obama tidak disebut dalam pertuduhan mahkamah semalam sebaliknya DOJ hanya menggunakan perkataan 'Calon A' di dalam dokumen rasmi itu.

Dalam perkembangan sama, DOJ turut mendakwa bahawa Pras Michel telah menggunakan sebanyak RM4.1 juta (AS$1 juta) dan diberikan kepada jawatankuasa pilihan raya bebas.

Artikel Berkaitan:

Tuduhan terhadap kedua-dua lelaki itu menunjukkan usaha yang agresif oleh 'pembiaya' Malaysia untuk mendapat pengaruh di AS.

Terdahulu, Jho Low, yang dikenal pasti oleh penyiasat Malaysia dan AS sebagai watak utama dalam skandal berbilion dolar 1MDB dipercayai melarikan diri daripada ditahan di Hong Kong ke pulau berdekatan dengan Macau.