PDRM akur keputusan peraturan baharu cermin gelap

Pekerja Sunz Tint Specialist, Muhd Azam Aliff Mohd Saad ketika memasang lapisan filem atau cermin gelap ketika tinjauan di ibu kota. - Foto Bernama
Pekerja Sunz Tint Specialist, Muhd Azam Aliff Mohd Saad ketika memasang lapisan filem atau cermin gelap ketika tinjauan di ibu kota. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akur akan keputusan kerajaan berhubung peraturan baharu membenarkan cermin gelap bagi bahagian sisi penumpang dan belakang.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata pihaknya menghormati keputusan berkenaan.

"Kami akur dan menghormati apa jua keputusan menteri (Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook) berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas hadir memberikan juadah berbuka puasa kepada pegawai dan anggota trafik yang bertugas mengawal lalulintas di Jalan Tun Perak, di sini

Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata peraturan baharu membenarkan cermin gelap bagi bahagian sisi penumpang dan belakang kenderaan dikekalkan walaupun dibantah pelbagai pihak termasuk polis

Beliau berkata pihaknya menghormati pandangan PDRM dalam soal risikan dan keselamatan, namun pindaan itu dibuat selepas mengambilkira pandangan daripada semua pihak termasuk polis.

Berkuatkuasa Rabu, penggunaan cermin gelap tanpa had atau gelap sepenuhnya dibenarkan pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan, berbanding peraturan sebelum ini menetapkan kadar ketelusan cahaya tampak pada 30 peratus. -Bernama

Artikel Berkaitan: