Lelaki warga asing maut disyaki dilanggar kereta api

- Gambar hiasan
- Gambar hiasan
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki maut disyaki dilanggar kereta api dalam kejadian di landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdekatan Taman Sri Kijang, Machang Bubok di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada kira-kira jam 8.30 malam dan mendapati lelaki dipercayai warga asing berusia 30-an itu telah meninggal dunia kerana kecederaan parah.

"Pemeriksaan ke atas mayat lelaki tanpa sebarang pengenalan diri itu tidak menemukan bekas suntikan Bacillus Calmette-gurin (BCG) dan kejadian berlaku di laluan landasan KTMB dari arah Bukit Mertajam menghala ke Simpang Ampat.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat. Polis klasifikasi kejadian itu sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu atau kehilangan ahli keluarga, rakan atau pekerja diminta menghubungi polis di talian 04-5382222 bagi membantu siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: