Retak buku lali terpijak daging prosciutto

Alice Cohen bertindak menyaman Restoran Eataly di Boston kerana cuai sehingga menyebabkan pergelangan kaki kirinya retak selepas tergelincir akibat terpijak hirisan prosciutto yang jatuh di lantai. - Foto Agensi
Alice Cohen bertindak menyaman Restoran Eataly di Boston kerana cuai sehingga menyebabkan pergelangan kaki kirinya retak selepas tergelincir akibat terpijak hirisan prosciutto yang jatuh di lantai. - Foto Agensi
A
A
A

BOSTON - Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) menyaman sebuah restoran makanan Itali di Boston kerana hirisan daging khinzir atau prosciutto menyebabkan pergelangan kaki kirinya retak.

Menurut tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Suffolk pada Jumaat lalu, Alice Cohen tergelincir selepas terpijak prosciutto yang jatuh di lantai ketika dia dan suami sedang menuju ke kawasan di mana sampel makanan diedarkan kepada pelanggan.

Insiden itu berlaku di Restoran Eataly, Boston pada 7 Oktober tahun lalu.

"Alice Cohen mengalami kecederaan seluruh badan, hilang keseronokan dalam hidup, kesakitan dan penderitaan serta terpaksa menanggung kos untuk perubatan dan rawatan.

"Kos perubatan termasuk temu janji hospital dan terapi fizikal telah menyebabkan wanita itu kerugian lebih AS$7,500 (RM34,901)," menurut tuntutan itu.

Susulan itu, Alice dan suaminya, Ronald dari Gilford, New Hampshire menuntut perbicaraan juri dan pampasan berjumlah sekurang-kurangnya AS$50,000 (RM232,674).

Tuntutan itu itu mendakwa bahawa Eataly cuai kerana tidak membersihkan lantai dengan sempurna.

Prosciutto ialah sejenis ham yang dihiris nipis, diawet dan berasal dari Itali. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!