Sedikit ujian dariNYA, isteri Aliff Syukri reda

SELASA lalu, isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dimasukkan ke hospital selepas mengalami pendarahan teruk.
Hari ini, menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Nur Shahida bagaimanapun berkongsi berita sedih salah seorang bayi kembar yang dikandungnya gugur.
“Alhamdulillah walaupun satu dah gugur, masih ada satu lagi yang sangat-sangat sihat. Doktor kata dah ada denyut jantung,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mungkin keguguran, Aliff Syukri mohon doa peminat
Dalam pada itu, Nur Shahida turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dirinya dan kandungannya.
“Saya reda kerana ALLAH beri saya banyak nikmat. Anak saya ramai. Sedangkan ramai di luar sana yang berikhtiar untuk hamil dan belum mendapat peluang itu.
“Sepatutnya saya bersyukur kerana ALLAH limpahkan banyak rezeki untuk saya. Apalah sangat diduga dengan sedikit ujian,” tulisnya lagi.
Katanya, kejadian berlaku mungkin disebabkan dirinya terlalu aktif dan banyak benda yang berlaku sejak dua minggu lalu menyebabkan dia sibuk serta tertekan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pmPek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25amNora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pmWanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pmPKR tuntut Mukhriz mohon maaf, tarik balik dakwaan
20 Oktober 2026 07:08pmGuru dikejarkan ke hospital selepas rampas objek tajam dibawa pelajar
21 Oktober 2026 02:32pmSerbuan polis bongkar remaja 16 tahun jadi mangsa eksploitasi seks, dua lelaki ditahan
20 Oktober 2026 10:39pmAhmad Zahid batal sertai Munajat Penyatuan Ummah anjuran Pas
20 Oktober 2026 11:26pm- Iklan -- Iklan -
