Dua ahli sindiket dadah ditahan bersama RM5.78 juta heroin

Mohd Kamarudin (dua dari kiri) menunjukkan heroin yang dirampas dalam sidang media di Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada Jumaat.
Mohd Kamarudin (dua dari kiri) menunjukkan heroin yang dirampas dalam sidang media di Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada Jumaat.
A
A
A

GEORGETOWN - [DIKEMAS KINI] Polis merampas dadah jenis heroin bernilai RM5.78 juta di Pulau Pinang dalam operasi dua hari bermua 15 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, kesemua dadah tersebut ditemui di sebuah kondominium yang disewa di Tanjung Tokong di sini.

Menurutnya, dalam rampasan itu, dua lelaki dipercayai ahli sindiket berkenaan berusia 42 dan 46 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

"Dalam serbuan pertama, kita menahan seorang lelaki berusia 46 tahun ketika suspek sedang memandu kenderaan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu pada jam 4 petang, 15 Ogos lalu.

"Pada hari yang sama, kita menahan seorang lagi lelaki berusia 42 tahun di tempat letak kereta di sebuah pasar raya di Alma, Bukit Mertajam pada jam 8 malam," katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada Jumaat.

Mohd Kamarudin berkata, susulan itu, pihaknya menyerbu sebuah kondominium mewah di Tanjung Tokong yang dijadikan makmal memproses dadah jenis heroin.

"Di rumah berkenaan, kita merampas 65.38 kilogram (kg) heroin base, 13.62 kg heroin dan 8.48 kg serbuk kafein. Hasil siasatan, sindiket ini memperoleh bekalan dadah dari Thailand yang diseludup melalui jalan darat.

"Dadah ini kemudiannya akan diproses di rumah berkenaan sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan. Kesemua dadah tersebut boleh digunakan oleh 4.47 juta penagih dadah sekiranya terlepas ke pasaran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, sindiket tersebut aktif sejak awal tahun ini.

"Hasil siasatan awal, suspek kedua mempunyai kepakaran untuk memproses heroin base untuk dijadikan heroin sebelum dijual kepada pelanggan. Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau malah ujian dadah juga negatif.