Polis Bantuan tular pandu potong barisan disaman

Tangkap layar rakaman video sebuah kereta yang dipandu seorang Polis Bantuan memotong barisan kenderaan lain di Jalan Penghulu Abu Bakar, Klang baru-baru ini.
Tangkap layar rakaman video sebuah kereta yang dipandu seorang Polis Bantuan memotong barisan kenderaan lain di Jalan Penghulu Abu Bakar, Klang baru-baru ini.
A
A
A

KLANG - Seorang Polis Bantuan dikenakan saman selepas didapati memotong barisan ketika memandu di Jalan Penghulu Abu Bakar, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian itu telah tular di media sosial Twitter pada Rabu menerusi satu rakaman video berdurasi 53 saat.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah mengesan pemilik dan memanggil pemandu bersama kereta jenis Proton Saga itu.

"Pemandu berusia 35 tahun yang juga seorang Polis Bantuan telah diambil tindakan saman di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana telah mengabaikan peraturan lalu lintas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, polis mengingatkan kepada semua pengguna lalu lintas supaya sentiasa berhati-hati dan berhemah di jalan raya.

Menerusi rakaman video itu, kereta jenis Proton Saga yang mempunyai lambang Polis Bantuan sebuah syarikat itu dilihat datang dari arah belakang sebelum memotong barisan kenderaan lain melalui kiri jalan.

Artikel Berkaitan: