Lelaki pura-pura jadi pelanggan, ragut pembantu kedai

Rakaman CCTV menunjukkan suspek melarikan diri selepas meragut rantai leher pembantu kedai terbabit.
Rakaman CCTV menunjukkan suspek melarikan diri selepas meragut rantai leher pembantu kedai terbabit.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pembantu kedai kosmetik berdepan detik cemas apabila rantai lehernya diragut oleh seorang lelaki dalam kejadian di sebuah kedai di Jalan Sekerat Kampung Sungai Tongka di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata, suspek yang berusia 30-an masuk ke kedai kosmetik terbabit dengan memakai topi keledar dan berpura-pura mahu membeli produk.

Katanya, ketika kejadian mangsa berusia 31 tahun berada dalam kedai itu seorang diri.

"Ketika sedang memberi penerangan mengenai produk, suspek meragut rantai leher emas dipakai mangsa sehingga menyebabkannya terjatuh," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, suspek kemudian keluar dari kedai itu dan beredar dengan menaiki sebuah motosikal.

"Akibat kejadian berkenaan, mangsa mengalami lebam di leher dan kerugian dianggarkan sekitar RM3,000. Kedai terbabit mempunyai CCTV dan pihak polis sedang giat mengesan suspek," katanya.

Video berkaitan kejadian itu turut mendapat perhatian ramai selepas tular di aplikasi TikTok.

Artikel Berkaitan: