Amaran akhir untuk 'survival' politik UMNO - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul - Foto Bernama
Tengku Zafrul - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO perlu segera bangkit dengan memperbetulkan keadaan parti supaya tidak sekadar mengejar kuasa jangka masa pendek, tetapi kembali diyakini rakyat serta akar umbi parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan pilihan raya negeri (PRN) menjadi isyarat amaran akhir untuk kelangsungan politik parti itu.

Menurutnya, prestasi di Selangor amat lemah kerana daripada 12 kerusi ditandingi, Barisan Nasional (BN) hanya menang dua termasuk satu yang asalnya ialah kerusi DAP.

“PRN Selangor menyerlahkan seolah-olah semakin ramai pengundi Melayu di sesebuah kawasan, semakin susah UMNO hendak menang. Hakikat ini harus diamati.

“Jika keputusan PRN ini bukan amaran akhir kepada soal survival(kelangsungan) parti Melayu ini, saya tidak tahu apa lagi jenis amaran yang perlu diberi sebelum kita menyedari kita sudah ditolak.

“Di Selangor setelah 15 tahun, UMNO masih lagi ditolak. Ramai ahli parti yang berkongsi kekecewaan dan kesedihan mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Ujar Bendahari BN Selangor itu, berdasarkan senario politik semasa, strategi dan keterampilan serta daya tarikan parti akan menjadi penentu kejayaan atau kegagalan.

Jelas beliau, UMNO bukan milik kelompok mana-mana kerana ia ditubuhkan untuk menyatupadukan orang Melayu, maka tidak boleh terlalu radikal sebaliknya perlu meraikan pandangan dengan baik.

Artikel Berkaitan:

"Hari ini hala tuju dan ideologi UMNO Selangor perlu jelas dan diterima ahli akar umbi, bukan semata-mata dilihat hanya ingin mengejar tampuk kuasa tetapi dalam masa yang sama tidak dapat memberi keyakinan kepada ahli di bawah dan juga rakyat," katanya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!