Penjawat awam ditahan disyaki salah guna kuasa dana kebajikan

Suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu. - Gambar hiasan
Suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu kanan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan meluluskan pengeluaran dana kebajikan kesatuan agensi tersebut untuk kegunaan peribadi.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.

"Suspek lelaki yang merupakan bendahari kesatuan berkenaan dipercayai melakukan perbuatan itu sejak 2017 hingga 2020 membabitkan lebih 30 transaksi dengan nilai penyelewengan mencecah hampir RM200,000.

"Suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Selasa bagi mendapatkan permohonan reman," katanya dalam satu kenyataan itu di sini pada Isnin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: