MARDI hasilkan empat varieti kelapa baharu

Mohd Zolkafly (tiga dari kiri) melihat pokok kelapa induk yang digunakan bagi menghasilkan varieti baharu kelapa oleh MARDI di MARDI Bagan Datuk di sini pada Isnin.
Mohd Zolkafly (tiga dari kiri) melihat pokok kelapa induk yang digunakan bagi menghasilkan varieti baharu kelapa oleh MARDI di MARDI Bagan Datuk di sini pada Isnin.
A
A
A

BAGAN DATUK - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya menghasilkan empat varieti baharu kelapa hibrid yang mampu meningkatkan hasil dan pendapatan petani.

Empat varieti baharu itu diberi nama Mylag, Marleca, Careni dan Careca yang dihasilkan di Stesen MARDI Bagan Datuk.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, varieti berkenaan mampu menjana hasil yang tinggi dengan kapasiti pengeluaran melebihi 25,000 biji bagi satu hektar setahun.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 22 aksesi kelapa dalam koleksi janaplasma di MARDI Bagan Datuk yang digunakan untuk menghasilkan varieti kelapa berhasil dan berkualiti tinggi.

"Keempat-empat varieti ini amat sesuai disyorkan kepada petani atau pengusaha tanaman kelapa untuk meningkatkan hasil sekali gus meningkatkan pendapatan mereka.

"Dalam usaha memperluaskan pengeluaran kelapa negara, MARDI terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi yang berminat untuk merancakkan industri kelapa negara," katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Kelapa Hibrid MARDI di MARDI Bagan Datuk di sini pada Isnin.

Hadir menyempurnakan perasmian berkenaan, Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zokafly Harun.

Sementara itu, Mohd Zolkafly ketika sidang akhbar selepas majlis berkata, pihaknya menyambut baik usaha dilakukan MARDI yang sekali gus membantu meningkatkan pendapatan petani.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kerajaan negeri Perak melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) banyak membantu memberikan subsidi kepada pengusaha kelapa terutama di Bagan Datuk.

Menurutnya, dengan adanya varieti baharu itu juga dapat meningkatkan jumlah pengeluaran sekali gus memenuhi permintaan pasaran yang selama ini bergantung pada import dari negara jiran.