Peniaga tidak mengaku rompak, cedera lelaki

Zulhelmi dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rompak dan cedera seorang lelaki, bulan lalu.
Zulhelmi dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rompak dan cedera seorang lelaki, bulan lalu.
A
A
A

IPOH - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompak dan mencederakan seorang lelaki, bulan lalu.

Tertuduh, Zulhelmi Abdul Wahab, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa merompak dan sengaja menyebabkan cedera kepada mangsa, S Thurisingam, 42 di Jalan Gurdwara di sini sekitar jam 8.30 malam pada 10 Julai lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Haiqal Asyraf Suhaimi memohon tarikh sebutan semula dan lantikan peguam.

Bapa kepada empat anak itu yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan jaminan rendah berikutan dia merupakan penanggung tunggal dengan tiga anaknya masih bersekolah.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 September depan untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: