Mancini, Gli Azzurri akhirya berpisah

Roberto Mancini - Foto AFP
Roberto Mancini - Foto AFP
A
A
A

ROBERTO Mancini telah meletak jawatan sebagai pengendali Itali, kata Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) pada Ahad.

Mancini mengambil alih Gli Azzurri pada 2018 selepas kuasa bola sepak Eropah itu gagal layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 1958.

Pengendali berusia 58 tahun itu membimbing Itali sensasi di Euro 2021, namun Gli Azzurri sekali lagi gagal layak ke Piala Dunia 2022 di Qatar, tahun lalu.

Pada Jun, Itali mendapat tempat ketiga pada perlawanan akhir Liga Negara-negara di bawah Mancini.

“Satu halaman penting dalam sejarah Azzurri, yang bermula pada Mei 2018 dan berakhir dengan Pusingan Akhir Liga Negara-Negara 2023.

“Dengan mengambil kira komitmen penting dan akan datang untuk kelayakan UEFA Euro 2024, FIGC akan mengumumkan nama jurulatih Itali baharu dalam beberapa hari lagi,” kata FIGC dalam satu kenyataan.

Kegagalan Mancini mengemudi Itali ke Piala Dunia sebelum ini menyaksikan bekas pemain Bologna, Sampdoria, Lazio dan Leicester City mendapat tekanan hebat dalam kalangan media Itali.

Media mendesak agar bekas tonggak Fiorentina, Lazio, Inter Milan, Manchester City, Galatasaray, Inter Milan dan Zenit Saint Petersburg meletakkan jawatan, namun Mancini mendapat sokongan padu presiden FIGC untuk meneruskan peranan mencipta kebangkitan.

Artikel Berkaitan: