PH catat majoriti tertinggi lebih 30,000

Antara kerusi ditandingi calon PH dengan jurang majoriti terbesar iaitu DUN Kinrara majoriti 54,535 undi, Subang Jaya 51,191 dan Bukit Lanjan 44,227.
Antara kerusi ditandingi calon PH dengan jurang majoriti terbesar iaitu DUN Kinrara majoriti 54,535 undi, Subang Jaya 51,191 dan Bukit Lanjan 44,227.
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa calon Pakatan Harapan (PH) mencatatkan kemenangan besar dengan majoriti lebih 30,000 undi selepas keputusan pilihan raya negeri (PRN) diumumkan pada malam Sabtu.

Antaranya di Selangor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze (DAP) yang memperoleh majoriti 51,191 dan calon DUN Bukit Lanjan, Pua Pei Ling (PKR) sebanyak 41,227 serta calon Balakong, Ong Chun Wei (DAP) dengan 37,832

Selain itu DUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki (DAP) mendapat 36,160 majoriti manakala calon Kajang, David Cheong Kian Young (PKR) dengan 34,394 dan Teratai, Yew Jia Haur (DAP) sebanyak 31,933.

Calon PH, Ng Sze Han yang bertanding di kerusi Kinrara antara pemenang majoriti tertingi apabila memperoleh majoriti 54,535.

Beliau yang mendapat undi keseluruhan 71,290 undi mengalahkan calon PN, Wong Yong Kang yang sekadar memperoleh 16,755 undi.

Di Pulau Pinang, calon DUN Paya Terubong, Wong Hon Wai (DAP) menang dengan 36,802 majoriti dan Paya Terubong, Wong Hon Wai (DAP) sebanyak 36,802.

Keputusan PRN menyaksikan tiada perubahan tampuk kerajaan negeri apabila gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) kekal menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan manakala Perikatan Nasional (PN) mempertahankan Kedah, Kelantan serta Terengganu.

Di Pulau Pinang, PH-BN menang 29 daripada 40 kerusi manakala Selangor (34 daripada 56 kerusi) dan Negeri Sembilan (31 daripada 36 kerusi).

Artikel Berkaitan:

Sementara itu di Kedah, PN menang 33 daripada 36 kerusi dan Kelantan (43 daripada 45 kerusi) serta semua 32 kerusi di Terengganu.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!